Monday, November 21, 2011

Cuti-cuti Malaysia



Sebentar tadi,aq and family baru sahaja selamat sampai ke Shah Alam..kitaorang baru jer balik dari Langkawi..Ni baru kali kedua aq and family ke sana..Langkawi x bnyk sangat perubahan..kali terakhir kitaorang ke sana pon 3 tahun yang lepas..masa aq berada di tingkatan 1.

Aq x nak cerita pasal Langkawi.Ada benda yang lebih menarik daripada itu.Begini al-kisahnya..

Buat pengetahuan,kali ini aq pergi ke Langkawi dengan menaiki feri.Bila naik feri ni,aq tengok macam-macam ragam manusia.Ada yg gelabah takut kena tinggal dengan feri,ada yang cool,ada yang gembira,ada yang marah-marah dan ada juga yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI.Yang ragam lain2 tu aq x nak cerita.Apa yang aq nak ceritakan kat sini ialah ragam ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI.Tak menyirap la kan...

Bagi sesiapa yang pernah naik feri,tentu korang tahu kan betapa sempitnya jarak antara tempat yang kita duduk dengan penumpang di hadapan..Sangat tidak selesa sebenarnya.Dah la seat feri tu menegak.Memang sakit la tulang belakang.Tapi kalau dah namanya berjalan,kenalah berkorban sikit.Nak selesa macam mana lagi.Kalau nak selesa sangat,duduk rumah sendirilah!
Aq sangat-sangat tak puas hati dengan orang kat depan aq.Tengah sempit-sempit ni boleh lagi dia jatuhkan seat dia!Masalahnya yang buat benda ni ialah PEREMPUAN MUDA!Kalau dia tua,bolehlah aq terima..maybe sakit tulang belakang.Biasalah orang tua!Ni tidak..tersangat sihat dia ni..Siap melawa lagi bagai nak rak..Sabar je la..setakat beberapa minit dalam feri aq tak kisah sangat..but it takes almost two hours!

Masa dah sampai,masing-masing mulalah bangun daripada seat diorang untuk keluar daripada feri.Masa dia tengah bangun,aq pandang je dia..Boleh plak dia buat bodoh je..Langsung takde perasaan bersalah!Ok fine..aq anggap je dia tak tahu langsung adab dan budaya.Hello!Awak tu dah la lagi tua daripada saya..Takkan nak kena ajar dengan orang lagi muda kot...Selalunya orang yang dah hidup lama ni banyak pengalaman dan tentunya ilmu dia lagi tinggi..tapi ni sebaliknya.Harap2 wanita yang berusia 30-an ni tak ulangi lagi kesilapan dia kat orang lain pulak.Kira dia ni beruntung taw!Nasib baik aq yang kat belakang dia..Kalaulah kat belakang dia tu seorang lelaki yang berbadan besar dan panas baran,masaklah dia!Wallahualam...

Tengah marah-marah ni,ada juga cerita menarik kat Langkawi.Bukan cerita la sebenarnya..cuma aq terjumpa 'something' yang membuatkan aq teringat kat dua member rapat aq,Maryam Nadhirah and Falihah!Haha..cuba korang teka!Apakah benda yang dimaksudkan???




tadaa....!Ni la benda yang aq maksudkan..
Buat Maryam Nadhirah,Jangan terkesima!
Dan buat Falihah,faham kan ni ape???;p

Tak sangka aq rupanya si GECKO ni ada perniagaan sendiri dekat Langkawi!hoho
Ok,sekian sahaja post buat kali ni..Wassalam...

1 comment:

  1. woiii..sngal!ak xde kne mgne..nadh je..mymph fifi.aku ade cite bes psal gecko ko ni!

    ReplyDelete