Monday, November 7, 2011

Nasib si Anak Kucing

Kira2 3 jam yg lalu,,aq selamat sampai ke Shah Alam selepas berhari raya haji di Negeri Sembilan selama 3 hari..sepanjang berada di kampung,,berlaku satu perkara yang menakjubkan kami satu keluarga...kisahnya bermula begini...

Di Shah Alam,SABTU 8.00 pagi...

"Kakngah,pegi jemur baju..jap gi kita nak balik kampung.."kata mak..then,aq dengan penuh kerajinan pergi melakukan apa yang diperintah oleh mak...Tiba-tiba..."miow..miow...!!"aq dgr bunyi anak kucing..tapi langsung x nmpak kelibat binatang kesayangan nabi tersebut..aq pun buat donno je la...tak lama lepas tu,kira-kira dalam pukul 11 tengah hari,kami pun bertolak ke Negeri Sembilan kampung sebelah bapa aq..

Sampai di kampung,semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yg pelik berlaku...
Sehinggalah...

Di Kuala pilah,halaman rumah,ISNIN 12.00 tengah hari...

Aq pergi luar rumah,kononnya nak join adik sedara bermain-main dan bergurau senda...;p
Tapi niat tu terbantut bila tengok makcik,pakcik,abang sedara,adik sedara sedang kerumun kat kereta avanza milik abahku...

"eh2!!ada bunyi kucing la kat kereta pakteh!"kata kakak sedara.Masa tu,abah aq tengah basuh kereta..dia bukak la bonet kereta yg kat dpn tu..(tempat enjin and bateri kereta)Binatang tu terus mengiow2..kitorang cari arah bunyi kucing tu..Rupa-rupanya...
"La...dalam enjin kereta la kucing ni..kat bumper kereta diamnya.."kata sepupu yang lain..MasyaAllah...kesian kucing tu..dah tiga hari dalam enjin kereta tanpa makan dan minum...Ajaibnya,,dia langsung x terjatuh pulak masa kereta bergerak dari Shah Alam ke Negeri Sembilan...Kuasa Allah!Kucing tu sangat bernasib baik masih hidup...sedangkan kalau fikir ikut logik akal,,kucing tu dah lama 'Inna Lillah'...Abah aq pon terus keluarkan kucing tu dengan menjolokkan tangan ke dalam enjin kereta.Kitorang sangkakan dalam tu ada seekor je anak kucing,,rupa-rupanya ada 2 ekor!amek kau!seekor berwarna putih bertompokkan hitam,,yang seekor lagi pulak berwarna putih bertompokkan kelabu..adik sedara yang lain mulalah berkata"alala...tomeinya...nak bela lah kucing ni..bolehkan mama???"Aish..mana boleh!pakteh nanti nak bawak dia balik ke Shah Alam...nak bagi kat mak dia balik..dia nak menyusu.."kata mak diorang..

"Kakngah,pergi buatkan susu untuk kucing ni...kesian dye..haus agaknya"mak mula memerintah.aq pun pergi la ke dapur buat apa yang mak suruh..then,,kakak sedara aq plak ambik tempat pancut ubat(yang digunakan untuk masukkan ubat dalam mulut baby)
kitorang pon masukkanlah susu ke dalam mulut si kucing dgn menggunakan alat tersebut..tapi si kucing ni tak nak..nak susu mak dia jugak!

Dari pukul 12 hingga pukul 4 ptg,kucing-kucing ni tak berhenti mengiow2 mencari ibunya..Tak lama lepas tu,,kitorang satu family pon nak bertolak untuk pulang ke Shah Alam.."Kakngah,bawak kucing ni balik..kesian dia..tak elok pisahkan diorang dengan maknya.."makcik ku berkata..ya,memang begitulah niatnya..tapi abah tak mengizinkan..abah kata susah nak bawak kucing dari Negeri Sembilan ke Shah Alam yang perjalanannya mengambil masa selama 2 jam..aq dan mak hanya terdiam..kitorang tak mampu nak berkata apa-apa..then,,kitorang tinggalkan kucing tu bersama sedara-sedara yang lain dengan rasa yang bersalah..

Setibanya di Shah Alam,pukul 7 petang...

"miow..miow!!"mendayu2 bunyi ibu kucing mencari anaknya di celah-celah kereta abahku..Tapi apakan daya,si ibu langsung tidak mengerti bahawa anaknya berada nun jauh di sana..aq pandang muka kucing tu..nampak matanya berlinangan..Aq sebak sangat sebab tak dapat bawak balik anak-anak kucing tu..Ntah apa la jadi kat diorang..Harap-harap diorang masih hidup!Wallahualam...









No comments:

Post a Comment