Wednesday, November 23, 2011

Pandangan mereka terhadap FIFI :p

Berikut merupakan pandangan kenalan2 terhadap aq.Semua yang memberi pandangan ini identiti mereka dirahsiakan..hoho

1.Syarifah Aloyah (bkn nama sebenar)
"Fifi ni susah nak terima nasihat sikit..pernah sekali kita tegur Fifi,tapi muka Fifi nampak mcm bengang.."

2.HarimauMalaya (bkn nama sebenar)
"Pernah berlaku salah faham antara kita.Tapi x pe,aq dah maafkan ko...kira 0-0 eh.."

3.Ikan Bilis (bkn nama sebenar)
"Masa form 1,aq pernah nak dekat dgn ko..aq teringin sangat nak kawan dgn ko sbb aq tgok ko sporting.Tapi niat aq terbantut sbb time tu ko ramai kawan.Bila time form 4 ni,aq tgok ko ni mcm lalang.Maksudnya ko boleh join je mana2 bdak..Kadang2 ko boleh jd baik bila join ngn bdak baik...kadang2 plak ko boleh jd nakal bila join ngn bdk2 nakal..ko kena ubah sikap ko ni sbb ko mcm senang sangat nak terpengaruh.."

4.Aslan (bkn nama sebenar)
"kita x pernah rasa x puas hati pon dekat Fifi..Cuma kadang2 kita tengok Fifi ni mcm sombong sikit dengan kita..huhu"

5.Musang Berjanggut (bkn nama sebenar)
"Semenjak kebelakangan ni ko asyik marah kat aq je..Ko jugak x habis2 dgn perletakan jawatan ko tu..Jalankan dulu tanggungjawab untuk tahun ni.."

6.Siti Kembang Semangkuk (bkn nama sebenar)
"Aq okey je dgn ko...Aq tak pernah sakit hati dgn ko..ko je yg boleh buat aq gelak seikhlas-ikhlasnya..."


Terima kasih kepada semua yg memberikan pandangan..InsyaAllah aq akan perbaiki diri ini untuk menjadi yang lebih baik lagi.Mungkin aq x mampu untuk menjadi sempurna tapi,selagi ada keinginan untuk berubah,selagi itu kita semua mampu menjadi yg terbaik pada diri sendiri dan mungkin juga kpd sesetengah orang.Sesungguhnya Allah itu tidak melihat kesempurnaan seseorang tapi Dia melihat sejauh mana kesungguhan seseorang itu untuk berubah.Terima kasih sekali lagi kerana pandangan kalian itulah yang telah membuka mata hati ini terhadap kelemahan diri yang tidak disedari..Wallahualam~





No comments:

Post a Comment