Wednesday, November 30, 2011

The Valuable Lessons

Hari ni merupakan hari kedua aq bertugas sebagai urusetia program GEMPAQ.Tersangat lah letih sendi2 dan urat2..dan yg paling penting,sangat mengantok nak TIDUR.Mana tak nya..pagi bangon pkol 6 utk siap2 then bertolak pkol 7(i'm always take an hour to make over ;p).Pastu balik pulak pkol 6 ptg..Biasalah.Orang yg tak biasa dengan rutin yg macam ni akan rasa tak selesa.Padahal baru hari kedua..Mcm mana la plak lagi 2 minggu yg akn mendatang..huhu-,-

Saat ni baru la aq tahu betapa penatnya parents aq bekerja.Kadang2 hari Sabtu pon kerja..
Tika saat ini,terungkap rasa kesyukuran kpd Allah kerana mengurniakan aq parents yg sangat bertanggungjawab menyara keperluan anak-anaknya.Tak macam sesetengah orang yg kurang bernasib baik,i mean kecik2 dah kena kerja sampaikan ada yg terpaksa berhenti sekolah..

THANKS TO ALLAH :)



Thursday, November 24, 2011

Antara Manusia,Malaikat&Syaitan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

Renung2kan & selamat beramal~

Wednesday, November 23, 2011

Kata-kata hikmah Imam Malik

1.Tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati.

2.Seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.

3.Anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari busurnya.

4.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat,dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur,mengurangkan makan,mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

5.Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit)dengan tanah.

Pandangan mereka terhadap FIFI :p

Berikut merupakan pandangan kenalan2 terhadap aq.Semua yang memberi pandangan ini identiti mereka dirahsiakan..hoho

1.Syarifah Aloyah (bkn nama sebenar)
"Fifi ni susah nak terima nasihat sikit..pernah sekali kita tegur Fifi,tapi muka Fifi nampak mcm bengang.."

2.HarimauMalaya (bkn nama sebenar)
"Pernah berlaku salah faham antara kita.Tapi x pe,aq dah maafkan ko...kira 0-0 eh.."

3.Ikan Bilis (bkn nama sebenar)
"Masa form 1,aq pernah nak dekat dgn ko..aq teringin sangat nak kawan dgn ko sbb aq tgok ko sporting.Tapi niat aq terbantut sbb time tu ko ramai kawan.Bila time form 4 ni,aq tgok ko ni mcm lalang.Maksudnya ko boleh join je mana2 bdak..Kadang2 ko boleh jd baik bila join ngn bdak baik...kadang2 plak ko boleh jd nakal bila join ngn bdk2 nakal..ko kena ubah sikap ko ni sbb ko mcm senang sangat nak terpengaruh.."

4.Aslan (bkn nama sebenar)
"kita x pernah rasa x puas hati pon dekat Fifi..Cuma kadang2 kita tengok Fifi ni mcm sombong sikit dengan kita..huhu"

5.Musang Berjanggut (bkn nama sebenar)
"Semenjak kebelakangan ni ko asyik marah kat aq je..Ko jugak x habis2 dgn perletakan jawatan ko tu..Jalankan dulu tanggungjawab untuk tahun ni.."

6.Siti Kembang Semangkuk (bkn nama sebenar)
"Aq okey je dgn ko...Aq tak pernah sakit hati dgn ko..ko je yg boleh buat aq gelak seikhlas-ikhlasnya..."


Terima kasih kepada semua yg memberikan pandangan..InsyaAllah aq akan perbaiki diri ini untuk menjadi yang lebih baik lagi.Mungkin aq x mampu untuk menjadi sempurna tapi,selagi ada keinginan untuk berubah,selagi itu kita semua mampu menjadi yg terbaik pada diri sendiri dan mungkin juga kpd sesetengah orang.Sesungguhnya Allah itu tidak melihat kesempurnaan seseorang tapi Dia melihat sejauh mana kesungguhan seseorang itu untuk berubah.Terima kasih sekali lagi kerana pandangan kalian itulah yang telah membuka mata hati ini terhadap kelemahan diri yang tidak disedari..Wallahualam~





Tuesday, November 22, 2011

Luahan Rasa

Aq tersangatlah tidak faham dengan INDONESIAN.Kenapa la diaorang ni tak puas hati sangat dengan Malaysia???Tadi masa selak-selak surat-khabar,aq terbaca kisah mengenai Sukan Sea ni.Rupa-rupanya,masa team Malaysia nak sampai ke Stadium Gelora Bung Karno,penyokong-penyokong indonesia ni kepung bas diaorang selama sejam..Bengong kan??Apalah masalah diaorang ni..Anti-anti Malaysia pon,cari kerja dekat malaysia gak.Benci-benci Malaysia sampaikan bendera Malaysia pon kena bako ngan diaorang ni pon,tapi datang juga ke Malaysia untuk cari rezeki.Hello INDONESIAN,kalau kamu itu enggak suka sama Malaysia,Jangan masuki Malaysia dong...duduk aja di negara kamu itu..Enggak perlu ribut-ribut.Dan lagi satu,aq geram sangat dengan siaran tv dan radio kat negara kita ni..Nape la diaorang siarkan sinetron-sinetron yang tersangat mengarut tu dan lagu-lagu diaorang.Bukan best pon..Dah la episodnya berjela-jela.Baik layan KOREA.kan2?huhu..

p.s : Dah tak nak tengok cerita indon lagi.ANTI INDONESIAN!

Monday, November 21, 2011

Cuti-cuti Malaysia



Sebentar tadi,aq and family baru sahaja selamat sampai ke Shah Alam..kitaorang baru jer balik dari Langkawi..Ni baru kali kedua aq and family ke sana..Langkawi x bnyk sangat perubahan..kali terakhir kitaorang ke sana pon 3 tahun yang lepas..masa aq berada di tingkatan 1.

Aq x nak cerita pasal Langkawi.Ada benda yang lebih menarik daripada itu.Begini al-kisahnya..

Buat pengetahuan,kali ini aq pergi ke Langkawi dengan menaiki feri.Bila naik feri ni,aq tengok macam-macam ragam manusia.Ada yg gelabah takut kena tinggal dengan feri,ada yang cool,ada yang gembira,ada yang marah-marah dan ada juga yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI.Yang ragam lain2 tu aq x nak cerita.Apa yang aq nak ceritakan kat sini ialah ragam ORANG YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI.Tak menyirap la kan...

Bagi sesiapa yang pernah naik feri,tentu korang tahu kan betapa sempitnya jarak antara tempat yang kita duduk dengan penumpang di hadapan..Sangat tidak selesa sebenarnya.Dah la seat feri tu menegak.Memang sakit la tulang belakang.Tapi kalau dah namanya berjalan,kenalah berkorban sikit.Nak selesa macam mana lagi.Kalau nak selesa sangat,duduk rumah sendirilah!
Aq sangat-sangat tak puas hati dengan orang kat depan aq.Tengah sempit-sempit ni boleh lagi dia jatuhkan seat dia!Masalahnya yang buat benda ni ialah PEREMPUAN MUDA!Kalau dia tua,bolehlah aq terima..maybe sakit tulang belakang.Biasalah orang tua!Ni tidak..tersangat sihat dia ni..Siap melawa lagi bagai nak rak..Sabar je la..setakat beberapa minit dalam feri aq tak kisah sangat..but it takes almost two hours!

Masa dah sampai,masing-masing mulalah bangun daripada seat diorang untuk keluar daripada feri.Masa dia tengah bangun,aq pandang je dia..Boleh plak dia buat bodoh je..Langsung takde perasaan bersalah!Ok fine..aq anggap je dia tak tahu langsung adab dan budaya.Hello!Awak tu dah la lagi tua daripada saya..Takkan nak kena ajar dengan orang lagi muda kot...Selalunya orang yang dah hidup lama ni banyak pengalaman dan tentunya ilmu dia lagi tinggi..tapi ni sebaliknya.Harap2 wanita yang berusia 30-an ni tak ulangi lagi kesilapan dia kat orang lain pulak.Kira dia ni beruntung taw!Nasib baik aq yang kat belakang dia..Kalaulah kat belakang dia tu seorang lelaki yang berbadan besar dan panas baran,masaklah dia!Wallahualam...

Tengah marah-marah ni,ada juga cerita menarik kat Langkawi.Bukan cerita la sebenarnya..cuma aq terjumpa 'something' yang membuatkan aq teringat kat dua member rapat aq,Maryam Nadhirah and Falihah!Haha..cuba korang teka!Apakah benda yang dimaksudkan???




tadaa....!Ni la benda yang aq maksudkan..
Buat Maryam Nadhirah,Jangan terkesima!
Dan buat Falihah,faham kan ni ape???;p

Tak sangka aq rupanya si GECKO ni ada perniagaan sendiri dekat Langkawi!hoho
Ok,sekian sahaja post buat kali ni..Wassalam...

Thursday, November 17, 2011

First Day ;)

Today is my first day for Keyboard class.haha :D
Actually aq main2 jer ckp kat abah yg aq nak belajar main keyboard..x sangka he take it serious..huhu
Tapi ape2 pun okey saja kelasnya..cuma tangan aq terketar2 menekan chords..
Selama ni just tahu main by one hand je,sekali amek kau!cikgu tu suruh main 2 tangan..x terketar2 la kan..ngee~
Dan yang paling penting sekali,aq da tahu not2..(selama ni main aci redah aja);p
"Kamu practice la kat rumah.Minggu depan saya nak tengok kamu main 2 tangan..Main satu tangan memangla senang.."Kata cikgu berkenaan (identiti dirahsiakan)
haha :D
Tak pe..ape-ape pun hidup mesti diteruskan!(takde kene mengena ngn statement di atas)
Hwaiting~

Tuesday, November 15, 2011

kisah K.A.M.I



Menjelang 4.1. 2012,aq akan melangkah ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam A.K.A Samttaj sebagai seorang pelajar tingkatan 5..dah nak senior rupanya!(bercakap dengan gaya yang poyo sambil tangan berada di dagu yg tulus mulus)
Ini bermakna tinggal setahun saja buat kami pelajar tingkatan 5 tahun 2012 untuk menamatkan zaman persekolahan.Tentunya segala kenangan suka duka tidak dapat kita lupakan...(jiwang tengah-tengah malam)



Sepanjang tahun 2011 berlaku pelbagai peristiwa sama ada yang menyedihkan mahupun menggembirakan.Antaranya :
(lagu berentak sedih dimainkan...)


1.Majlis perpisahan buat sahabat yang aq dan teman-teman amat sayangi..MARYAM
NADHIRAH







2.kami batch form 4 tahun 2011 juga telah memenangi banyak acara sempena Minggu Bahasa.Antara acara yang dimenangi form 4 hebat ialah :

* dance + sing = dansing (johan)
* sketsa (kedua)
* Nasyid (ketiga)

Ini membuktikan bahawa form 4 tahun 2011 tersangatlah hebat!


3.Beraya bersama teman-teman:)



4.Dan tentunya tahun 2012 merupakan tahun terakhir buat kami..kepada rakan-rakan terutamanya Najwa,Falihah,Safwanah,Mj and Khadijah selamat berjuang ye untuk spm next year! Hwaiting~














omong saja-saja ! ;p

Assalamualaikum...
Di malam yang hening ni,tetibe aq terpikir nak share sedikit fakta mengenai rahsia di sebalik anggota tubuh badan..info ni pon aq taw melalui pemerhatian aq...cewah!bkn copy and paste ye..huhu
Tapi sorry la sbb ade 2 fakta je yg aq da research..fakta ni dibuat secara random ye..bkannya khusus buat seseorang! (fifi melalut..)

1.Apa yg aq perhatikan,kebanyakan orang yg ada bulu mata melentik rambutnya kerinting!haha
check it out! kita tengok sapa yg kene!hak3 :D

2.Berdasarkan pemerhatian aq daripada sekolah rendah sampai la menengah,kebanyakan orang yang mempunyai bulu roma yg lebat kat tangannya,mempunyai rambut yang lebat dan lembut beralun...so gadis2,pastikan tangan anda tidak terlihat oleh lelaki bkn muhrim!(lepas ni mesti laku jualan stongan kat pasaran);p

ok..itu sahaja post daripada Fifi kali ni!enjoy..

Monday, November 7, 2011

Nasib si Anak Kucing

Kira2 3 jam yg lalu,,aq selamat sampai ke Shah Alam selepas berhari raya haji di Negeri Sembilan selama 3 hari..sepanjang berada di kampung,,berlaku satu perkara yang menakjubkan kami satu keluarga...kisahnya bermula begini...

Di Shah Alam,SABTU 8.00 pagi...

"Kakngah,pegi jemur baju..jap gi kita nak balik kampung.."kata mak..then,aq dengan penuh kerajinan pergi melakukan apa yang diperintah oleh mak...Tiba-tiba..."miow..miow...!!"aq dgr bunyi anak kucing..tapi langsung x nmpak kelibat binatang kesayangan nabi tersebut..aq pun buat donno je la...tak lama lepas tu,kira-kira dalam pukul 11 tengah hari,kami pun bertolak ke Negeri Sembilan kampung sebelah bapa aq..

Sampai di kampung,semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada perkara yg pelik berlaku...
Sehinggalah...

Di Kuala pilah,halaman rumah,ISNIN 12.00 tengah hari...

Aq pergi luar rumah,kononnya nak join adik sedara bermain-main dan bergurau senda...;p
Tapi niat tu terbantut bila tengok makcik,pakcik,abang sedara,adik sedara sedang kerumun kat kereta avanza milik abahku...

"eh2!!ada bunyi kucing la kat kereta pakteh!"kata kakak sedara.Masa tu,abah aq tengah basuh kereta..dia bukak la bonet kereta yg kat dpn tu..(tempat enjin and bateri kereta)Binatang tu terus mengiow2..kitorang cari arah bunyi kucing tu..Rupa-rupanya...
"La...dalam enjin kereta la kucing ni..kat bumper kereta diamnya.."kata sepupu yang lain..MasyaAllah...kesian kucing tu..dah tiga hari dalam enjin kereta tanpa makan dan minum...Ajaibnya,,dia langsung x terjatuh pulak masa kereta bergerak dari Shah Alam ke Negeri Sembilan...Kuasa Allah!Kucing tu sangat bernasib baik masih hidup...sedangkan kalau fikir ikut logik akal,,kucing tu dah lama 'Inna Lillah'...Abah aq pon terus keluarkan kucing tu dengan menjolokkan tangan ke dalam enjin kereta.Kitorang sangkakan dalam tu ada seekor je anak kucing,,rupa-rupanya ada 2 ekor!amek kau!seekor berwarna putih bertompokkan hitam,,yang seekor lagi pulak berwarna putih bertompokkan kelabu..adik sedara yang lain mulalah berkata"alala...tomeinya...nak bela lah kucing ni..bolehkan mama???"Aish..mana boleh!pakteh nanti nak bawak dia balik ke Shah Alam...nak bagi kat mak dia balik..dia nak menyusu.."kata mak diorang..

"Kakngah,pergi buatkan susu untuk kucing ni...kesian dye..haus agaknya"mak mula memerintah.aq pun pergi la ke dapur buat apa yang mak suruh..then,,kakak sedara aq plak ambik tempat pancut ubat(yang digunakan untuk masukkan ubat dalam mulut baby)
kitorang pon masukkanlah susu ke dalam mulut si kucing dgn menggunakan alat tersebut..tapi si kucing ni tak nak..nak susu mak dia jugak!

Dari pukul 12 hingga pukul 4 ptg,kucing-kucing ni tak berhenti mengiow2 mencari ibunya..Tak lama lepas tu,,kitorang satu family pon nak bertolak untuk pulang ke Shah Alam.."Kakngah,bawak kucing ni balik..kesian dia..tak elok pisahkan diorang dengan maknya.."makcik ku berkata..ya,memang begitulah niatnya..tapi abah tak mengizinkan..abah kata susah nak bawak kucing dari Negeri Sembilan ke Shah Alam yang perjalanannya mengambil masa selama 2 jam..aq dan mak hanya terdiam..kitorang tak mampu nak berkata apa-apa..then,,kitorang tinggalkan kucing tu bersama sedara-sedara yang lain dengan rasa yang bersalah..

Setibanya di Shah Alam,pukul 7 petang...

"miow..miow!!"mendayu2 bunyi ibu kucing mencari anaknya di celah-celah kereta abahku..Tapi apakan daya,si ibu langsung tidak mengerti bahawa anaknya berada nun jauh di sana..aq pandang muka kucing tu..nampak matanya berlinangan..Aq sebak sangat sebab tak dapat bawak balik anak-anak kucing tu..Ntah apa la jadi kat diorang..Harap-harap diorang masih hidup!Wallahualam...